Tuesday, February 19, 2008


Salam kunjungan buat warga Internet sekalian. Pilihanraya Umum bakal menjelma lagi. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama bagi memastikan mesej-mesej memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan rakyat dan negara dapat disalurkan, diterima dan difahami oleh para pengundi bagi membolehkan mereka memilih PAS dan Barisan Alternatif dalam pilihanraya umum kali ini.

Para pengundi dan rakyat perlu disedarkan bahawa adalah amat mustahak untuk memberikan mandat kepada calon-calon PAS dan Barisan Alternatif yang akan memperjuangkan nasib mereka agar segala permasalahan dan perkara-perkara durjana yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional selama ini akan dapat dihentikan.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua sepanjang pilihanraya umum akan datang ini dan membuka pintu-pintu hidayah kepada seluruh rakyat Malaysia supaya menolak kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang telah banyak membohongi kita semua.

Wassalaam.

No comments: