Thursday, March 27, 2008

FAHAMI ISLAM SEPENUHNYA


Islam adalah agama yang syumul.Apabila seseorang menganut agama Islam, dia bukan sahaja terikat dengan peraturan-peraturan, hukum-hukum tapi seluruh hidupnya mestilah berada dalam landasan agama Islam itu sendiri. Dewasa ini, ramai yang menganut agama Islam tetapi tidak mengamalkan Islam sepenuhnya dalam diri. Apa yang penting dalam hidup seorang yang menggelarkan dirinya Islam ialah akidah. Dakwah Rasulullah pada peringkat awal di Makkah juga menekankan aspek akidah berbanding syariah yang sebahagian besarnya bermula di Madinah.

KENAPA TAK FAHAM ISLAM?

Kebanyakan orang memeluk Islam disebabkan keturunan. Oleh yang demikian, mereka menganggap cukuplah sekadar melaksanakan perintah agama seperti solat, puasa, zakat, dan haji sedangkan banyak lagi perkara-perkara yang perlu diberi perhatian terutama soal aurat, pergaulan, institusi masyarakat, undang-undang dan banyak lagi perkara dari pelbagai sudut dalam aspek kehidupan kita.Islam tidak pernah menyekat atau mengongkong ummatnya malah sebenarnya menjaga agar kehidupan penganutnya selamat dan sejahtera sesuai dengan nama Islam itu sendiri.

Manusia akhir zaman ini seolah-olah sudah lupa pada agama Islam.Keindahan duniawi seolah-olah mengasyikkan sehingga mereka lupa pada agama Islam lantas menutup kedua belah mata untuk melihat kesucian agama Islam. Lebih teruk lagi apabila ahli agama itu sendiri yang mempersendakan agama Islam dengan mempermainkan hukum yang ditetapkan oleh Tuhan Yang Esa. Alangkah dahsyatnya azab dan balasan yang akan diterima. Nauzubillah. Kelazatan duniawi juga menyebabkan manusia alpa diulit nikmat sementara yang sebenarnya hanyalah tipu daya. Betapa ramai ummat Islam masa kini yang hanya mengambil sebahagian daripada Islam tanpa mengambil Islam secara sepenuhnya dalam hidup mereka.

Islam bukan sahaja melibatkan ibadat, Islam melibatkan seluruh kehidupan. Kehidupan kita bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak.

ISLAM AGAMA KEAMANAN

Agama yang benar disisi ALLAH adalah agama Islam. Itulah janji ALLAH. Islamkan menang….itu juga janji ALLAH.. Percayalah, berimanlah….

FAHAMKAH KITA?

Sebelum soalan ini diajukan kepada pembaca, terlebih dahulu soalan ini perlu saya jawab…Sebenarnya kita masih belum faham Islam. Kalau kita faham, tentu sahaja kita tidak akan buat perkara yang mungkar.., tidak menganiaya orang lain, pemimpin akan memimpin dengan adil, serta kita lakukan sesuatu kerana ALLAH dan kerana Islam……….

Adakah kita sudah khatam al-Qur’an, fahaminya dan amal apa yang disuruh serta tinggal apa yang dilarang…

Bagaimana pula dengan as-sunnah??????????Berapa pula hadis yang kita hafal? Berapa pula yang kita amalkan? Soalan yang saya sendiri sukar untuk menjawabnya…

Sirah Rasul kesayangan kita amat sempurna untuk dijadikan pedoman dan ikutan tapi setakat mana ia dihayati…..Kita hanya memandang sepi…kadang-kadang tidakpun disusuri……adakah itu tandanya kita sayang Rasulullah? Cinta kepadanya…….

Semua tanda-tanda ini menunjukkan tahap kefahaman kita terhadap Islam. Kita boleh mencari beribu alasan untuk menjawab persoalan ini tetapi dapatkah kita mencari alasan lagi dihadapan ALLAH kelak.

Oleh itu apa tunggu lagi….mari kita sama-sama meningkatkan kefahaman kita terhadap Islam agar kehidupan kita selamat dunia dan akhirat………

Jangan lagi kita bergaduh sesama Islam tetapi carilah jalan perdamaian dengan menjadikan al-qur’an dan as-sunnah sebagai panduan….

Mungkin artikel ini terlalu ‘radikal’ tapi inilah yang terluah dari hati lalu diterjemahkan dalam artikel ini… Moga sama-sama mendapat manfaat.
Halia ini tanam-tanaman,
Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.

Monday, March 10, 2008

Merudum, bursa saham digantung sejam

Bursa Malaysia menggantung urusniaga saham selama sejam ekoran kejatuhan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) yang mencecah had 10 peratus.

Urusniaga tersebut digantung pada jam 2.58 petang selepas KLCI jatuh 130 mata atau pada had 10 peratus kepada 1,166.32.

Urusniaga dijangka disambung semula pada jam 3.58 petang.

Sementara itu, Bursa Malaysia, dalam satu pengumum di lamanwebnya memberi jaminan bahawa keadaan itu tidak menjejaskan integriti pasaran.

Katanya, ia merupakan langkah sementara untuk mengekalkan kestabilan pasaran dan menyediakan peluang kepada peserta pasaran untuk menilai maklumat-maklumat baru sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pelaburan.

Menurutnya, sistem circuit breaker' itu yang diperkenalkan pada Mac 2002, akan diaktifkan secara automatik apabila rekod KLCE merosot 10 peratus daripada paras ditutup pada hari sebelumnya.

Pada hari, katanya, ia diaktifkan pada apabila KLCI jatuh kepada 130.01 mata, atau 10 peratus daripada paras 1,296.33 mata ditutup semalam.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia akan terus memantau rapat keadaan hari ini.

Bagaimanapun dilaporkan bahawa kemorosotan KLCI itu ada kaitan dengan keadaan politik negara ekoran keputusan pilihanraya umum Sabtu lalu di mana kerajaan Barisan Nasional gagal mendapat majoriti dua pertiga.

Ekoran itu, KLCI merosot apabila ramail pelabur asing dipercayai mula menjual saham syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC) .

Monday, March 3, 2008

Politik Islam

"
Berparti politik dengan melibatkan orang awam, pemimpin, ahli mahupun penyokong parti adalah dakyah pihak barat. Parti politik adalah rekaan manusia semata-mata bertujuan menentang hukum Islam yang mereka musuhi dan seterusnya menghancurkan umat Islam. Mereka mengaburi mata manusia dengan memberi kuasa kepada manusia, iaitu rakyat sesuatu negara, seolah-olahnya ditangan rakyatlah letaknya kuasa untuk menentukan pemerintahan negara. Yang demikian manusia menjadi megah dan lupa diri kerana kononnya mempunyai kuasa sehingga sanggup mengabaikan hukum yang diwajibkan oleh Islam dalam menentukan pemerintahan negara.




1. Natijahnya negara-negara Islam yang mengamalkan berparti politik menjadi lemah dan kucar-kacir, tiada halatuju kerana berlaku perebutan kuasa yang mengakibatkan perpecahan dikalangan rakyat. Sehingga kini tiada sebuah pun di antara negara-negara Islam itu yang dapat mencapai taraf negara maju, walaupun telah sekian lama merdeka. Sebaliknya yang di dapati hanya rasa tidak puas hati dan tertindas yang tidak henti-henti di dalam hati semua pihak serta sedikit pembangunan dari segi fizikal yang amat diheboh-heboh dan dibangga-banggakan sahaja, tanpa di ketahui secara khusus tentang manafaatnya kepada kepetingan rakyat dan negara atau mempunyai lain-lain kepetingan dan tujuannya, sedangkan wang rakyat telah banyak dibazirkan semata-mata untuk berpolitik.



2. Sebenarnya menurut politik Islam ialah kuasa pemerintah itu hanyalah menjadi hak Allah swt dan para wakilNya yang diizinkanNya sahaja, sebagaimana yang difahami dalam surah An-Nisa ayat 64, “Tidak kami utus seorang Rasul kecuali untuk ditaati dengan izin Allah...” Para wakilNya diamanahkan serta diberi ilmu untuk melaksanakan pemerintahan sehingga dapat mencapai kemenangan, keagungan dan kemulian dengan pertolonganNya. Bukan sebarang orang boleh melaksanakan pemerintahan, lebih-lebih lagi mereka yang dipilih melalui kuasa manusia yang jelas tidak mempunyai ilmu bagi melaksanakan hukum Allah swt di dalam pemerintahan. Allah swt amat mengecam hal ini melalui surah Al-Maidah ayat 44, “Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah Allah turunkan maka mereka adalah orang-orang yang kafir.”


3. Ramai umat Islam kini terjebak di dalam kancah pemerintahan yang dilarang keras oleh Allah swt, sama ada para pemimpin, ahli dan penyokong parti politik mahupun para pengundi. Semua terlibat di dalam musibah yang amat berat ini. Cuba kita renung nasib para pengundi iaitu terdiri dari rakyat biasa, di akhirat kelak seperti yang dijelaskan di dalam surah An-Nisa ayat 97, “Kepada mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat akan bertanya, Bagaimanakah keadaan kalian dahulu?’ mereka menjawab, ‘Kami adalah orang-orang yang tertindas di negara kami,’ Para malaikat kembali bertanya, ‘Bukankah bumi Allah ini luas sehingga kalian dapat berhijrah? Sungguh tempat kembali mereka adalah neraka jahanam dan itulah tempat kembali yang paling buruk.” Di dalam surah Al-Maidah ayat 80, “Engkau lihat kebanyakan mereka mengangkat orang-orang kafir menjadi wali, Sungguh amat jahat apa yang mereka kerjakan untuk diri mereka, iaitu amarah Allah kepada mereka, sedang mereka iaitu kekal dalam seksaan”. Bayangkanlah jika nasib pengundi sedemikian rupa, apalah rupanya pula nasib mereka yang secara langsung menjadi pemimpin, ahli dan penyokong parti politik yang tidak mengikuti ajaran Allah swt ini.



4. Hakikatnya, jika umat Islam tidak berhenti berparti politik, mereka akan terus ketinggalan di dalam semua lapangan hidup dan terus dipermainkan oleh musuh mereka. Akhirat kelak akan menerima balasan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Al-Quran yang tidak dapat diragukan kebenarannya oleh umat Islam sendiri. Umat Islam mesti berani meninggalkan berparti politik, jangan takut pada yang lain tetapi hendaklah takut kepada Allah swt. Lihatlah contoh negara Iran di mana janji Allah telah pun berlaku. Apabila Islam mula berkuasa di negara itu sejak tahun 1979, iaitu 29 tahun lalu, berbagai tekanan telah dikenakan oleh pihak musuh Islam, termasuklah perperangan, sekataan ekonomi serta lain-lain propaganda. Namun janji Allah swt adalah benar, rakyat Iran yang teguh iman mematuhi ajaran Islam mendapat pertolonganNya, sehingga menjadi sebuah negara yang aman bahagia serta menjadi sebuah kuasa yang amat dihormati dan digeruni oleh musuh dan lawan pada masa kini. Allah swt meluaskan kuasa Islam, dari itu sebagai umat Islam secara global serta menerimanya seluas-luasnya tanpa ada sempadan yang membenteng kesatuan kita umat Islam.



5. Justeru, dengan penuh rasa takut yang teramat sangat kepada Allah swt, umat Islam sedunia adalah diseru supaya segera meninggalkan amalan kita berparti politik ala barat yang telah banyak membawa kemusnahan kepada umat Islam selama ini. Takutlah seksaan Allah swt yang sedang kita alami di dunia sekarang ini dan azabnya yang menanti kita di akhirat kelak.Bagi rakyat yang bukan Islam yang mendiami negara-negara Islam, tiada larangan untuk mereka berparti politik. Mereka boleh terus berpolitik untuk menjaga kepentingan kaum mereka dan sebagai pemerintah adalah bertanggungjawab untuk mentadbir urusan mereka itu.



TOLONG EDARKAN RISALAH INI KEPADA SAUDARA ISLAM YANG LAIN, MUDAH-MUDAHAN ANDA PEROLEHI KECINTAAN ALLAH SWT.
Surah Al-Hajji Ayat 40 "Sesungguhnya Allah menolong orang yang menolong (Agama)Nya. Sungguh Allah Mahakuat lagi Mahaperkasa"


"