Monday, March 10, 2008

Merudum, bursa saham digantung sejam

Bursa Malaysia menggantung urusniaga saham selama sejam ekoran kejatuhan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) yang mencecah had 10 peratus.

Urusniaga tersebut digantung pada jam 2.58 petang selepas KLCI jatuh 130 mata atau pada had 10 peratus kepada 1,166.32.

Urusniaga dijangka disambung semula pada jam 3.58 petang.

Sementara itu, Bursa Malaysia, dalam satu pengumum di lamanwebnya memberi jaminan bahawa keadaan itu tidak menjejaskan integriti pasaran.

Katanya, ia merupakan langkah sementara untuk mengekalkan kestabilan pasaran dan menyediakan peluang kepada peserta pasaran untuk menilai maklumat-maklumat baru sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pelaburan.

Menurutnya, sistem circuit breaker' itu yang diperkenalkan pada Mac 2002, akan diaktifkan secara automatik apabila rekod KLCE merosot 10 peratus daripada paras ditutup pada hari sebelumnya.

Pada hari, katanya, ia diaktifkan pada apabila KLCI jatuh kepada 130.01 mata, atau 10 peratus daripada paras 1,296.33 mata ditutup semalam.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia akan terus memantau rapat keadaan hari ini.

Bagaimanapun dilaporkan bahawa kemorosotan KLCI itu ada kaitan dengan keadaan politik negara ekoran keputusan pilihanraya umum Sabtu lalu di mana kerajaan Barisan Nasional gagal mendapat majoriti dua pertiga.

Ekoran itu, KLCI merosot apabila ramail pelabur asing dipercayai mula menjual saham syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC) .

1 comment:

Anonymous said...

See Here or Here