Friday, February 29, 2008

Doa Qunut Nazilah

اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائنا
ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم
وفرق جمعهم
وستت كلمتهم
وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلاب
ك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب
ويا مجري السحاب
ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم
-------
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

Sunday, February 24, 2008


Stop and dismantle Umno political hegemony, deny Barisan Nasional two-thirds majority


12th general election – golden opportunity to halt and dismantle four-decade Umno political hegemony which has become the greatest threat to democracy, international competitiveness and national unity by ending BN's unbroken two-thirds parliamentary majority.
This 12th general election, unlike the previous 11 general elections, is not just about the next five years but a vote about the first 50 years of Malaysian nationhood and the next 50 years!

To many Malaysians, this general election is the last hope for change and an acid test whether there is a future for the building of a democratic, competitive, multi-racial, multi-religious, secular and just nation which our forefathers pledged to build through the Merdeka "social contract".

It will be the clincher in the decision-making of many Malaysians whether there is hope to build a democratic, just and competitive Malaysia or there will be a new exodus of braindrain of the best and brightest of Malaysians to other lands in despair at any possibility that all Malaysians, regardless of race or religion, can have an equal place under the Malaysia sun.

Most challenging of all, the March 8 general election offers a golden opportunity to halt and dismantle the four-decade Umno political hegemony which has become the greatest threat to democracy, international competitiveness and national unity in Malaysia.

Umno political hegemony has marginalized not only whole communities of ordinary Malaysians, but even the other Barisan Nasional component parties as illustrated by the ordeal of the Gerakan Wanita Chief, Datuk Tan Lian Hoe, being kicked around like a football Bukit Gantang, back to Gerakan's Taiping seat, then to Lenggong and now Gerik.

The Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has said that none of his cabinet ministers except for his deputy Datuk Seri Najib Razak were guaranteed a cabinet position even if they won in the general election – meaning that the top leaders of MCA, Gerakan, MIC for the first time in 51 years are not assured of a Cabinet position if elected.

This the latest twist in the Barisan Nasional 'power-sharing' and proof of greater marginalization of the other Barisan Nasional component parties because of the unchecked rise of Umno political hegemony.

The challenge on March 8 is whether history can be made to check and dismantle the Umno political hegemony, which marginalized ordinary Malays, Indians, Chinese, Kadazan-Dusun-Muruts, Ibans and indigenous people, orang Asli, by depriving the Barisan Nasional of two-thirds majority.

If PAS, PKR and DAP can each secure 25 parliamentary seats, denying BN of 75 parliamentary seats, then the beginning of the end of the umno political hegemony threatening democracy, international competitiveness and national unity would have begun.

Saturday, February 23, 2008


Munajat Pilihan Raya


"الحمدلله الواحد الاحد الفرد الصمد الذى لم يلد ولم يولدز لا اله الا الله الحليم الكريم ،سبحان الله رب العرش العظيم الحمد لله رب العالمين واصلاة والسلام على رسول الامين اشرف الانبياء المرسلين وعلى اله الطاهرين واصحابه اجمعين اللهم نسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والغنيمة من كل بر والسلامة من كل اثم لا تدع لنا ذنبا الا غفرته ولا هما الا فرجته ولا حاجة هي لك رضا الا قضيتها يا ارحم الراحمين يا ذىالجلال والاكرام


Ya Allah Tuhan Yang Maha Perkasa, Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Yang menjadi tempat hamba-hamba-Nya mengadu, yang tidak ada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah. Sesungguhnya, kami mengaku, lemahnya kami, banyaknya dosa kami, buruknya kelakuan kami, lalainya amal-amal kami, sedikitnya ibadat kami, tatapi Ya Allah, kami tidak pernah berTuhankan melainkan kepada Engkau Ya Allah, kerana tidak ada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah Yang Maha Tunggal.




Ya Allah, Tuhan Yang memiliki alam semesta, kami mengadu kepadaMu, berilah kemenangan kepada Parti Islam SeMalaysia dan sekutu-sekutunya dalam pilihanraya kali ini Ya Allah. Kau berikan kekuatan kepada kami, kegerunan kepada musuh-musuh kami, Kau kuatkan saf-saf kami, hancurkan barisan musuh-musuh kami. Ya Allah Yang Maha Perkasa, Engkau hancurkanlah peluang mereka, patah-patahkanlah hujah mereka, kembalikanlah tipu daya mereka kepada batu jemala mereka sendiri.Engkau kalahkanlah mereka sebagai mana Engkau kalahkan tentera ahzab dahulu.


Ya Allah, tamatkanlah keangkuhan dan kesombongan mereka, patah-patahkanlah tulang-temulang mereka, putus-putuskanlah urat temurat mereka, lemahkanlah daya mereka, dan berikanlah kemengangan kepada Kami Ya Allah.


Ya Allah, kepadaMu kami mengadu, kerana tiada tempat bergantung melainkan kepadaMu, kami serahkan pengundi-pengundi hantu yang memihak kepada musuh kami kepada-Mu Ya Allah. Engkau timpakanlah kesusahan kepada mereka, Engkau sempitkanlah usaha mereka, Engkau halangkanlah usaha mereka, Engkau lumpuhkanlah segala pergerakan mereka,Engkau timpakanlah musibah kepada mereka seumur hidup mereka, Engkau butakanlah mata mereka sehingga tiada apa yang mereka nampak melainkan bulan purnama yang bersinar ceria.


Ya Allah Ya Aziz Ya Jabbar, Tuhan Yang Maha Membalik-balikkan hati, berilah petunjuk kepada rakyat Malaysia untuk mengundi parti kami dan sekutunya, balikkanlah hati mereka untuk mengundi parti kami dan sekutunya, hanya Engkau Yang Maha Berkuasa.


Amin ya Rabbal Alamin.

Friday, February 22, 2008

Negara Berkebajikan vs Negara Bankrap




‘SOKONG BARISAN RAKYAT – NEGARA BERKEBAJIKAN – RAKYAT TERJAMIN...
SOKONG BARISAN NASIONAL – NEGARA BANKRAP – RAKYAT SENGSARA...’

SEMINIT MENGUNDI BARISAN RAKYAT – 5 TAHUN KEBAJIKAN ANDA DAN KELUARGA SERTA NEGARA TERJAMIN...

Episod pilihanraya umum ke -12 sudah memasuki zon panas. Perdebatan soal manifesto dan janji-janji kepada rakyat Malaysia menjadi topik utama kempen pilihanraya. Barisan Rakyat menawarkan sebuah konsep Negara Berkebajikan untuk rakyat Malaysia manakala Barisan Nasional pula banyak menakut-nakutkan rakyat dengan konsep Negara Bankrap.

Pihak Barisan Rakyat menawarkan kepada rakyat Malaysia konsep negara kebajikan yang merangkumi kepada penurunan harga minyak, pendidikan dan kesihatan yang lebih terbela, perumahan rakyat dan pembelaan kepada rakyat. Manakala di pihak Barisan Nasional pula lebih banyak membicarakan soal konsep Negara Bankrap dalam media-media massa dan ucapan-ucapan oleh pemimpin utama negara dan parti.

Terbaru ucapan menantu Perdana Menteri yang menyatakan konsep Negara Kebajikan yang akan dilaksanakan oleh Barisan Rakyat akan membawa Malaysia pada kedudukan setaraf dengan negara-negara Afrika membuka pelbagai persoalan. Umumnya diketahui beliau bukan seorang pakar ekonomi negara dan tidak pernah mempunyai pengalaman dan tidak pernah teruji dalam mengurus dan mentadbir ekonomi negara pada peringkat tertinggi. Kenyataannya juga tidak disokong oleh data-data ekonomi yang mencukupi serta tidak menyatakan negara Afrika mana yang beliau maksudkan. Justeru kenyataannya tidak mempunyai sebarang asas yang konkrit.

Pada umumnya rakyat Malaysia cukup teruja dan tertarik dengan konsep politik yang ditawarkan oleh Barisan Rakyat. ‘Politik Harapan‘ atau ‘Politics of Hope’ yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia membuka satu dimensi baru dalam pilihanraya umum pada kali ini. Ianya berbeza dengan Barisan Nasional yang lebih kepada menumpukan kepada ‘Politik Menakut-nakutkan’ atau ‘Politics of Fear’.

Pengumuman Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak sejurus kemenangan Barisan Rakyat memerintah Malaysia pada 09 MAC 2008 merupakan tawaran terhebat yang bakal dinikmati oleh semua lapisan masyarakat Malaysia secara spontan samada di kota atau di desa. Tawaran ini adalah setara seperti kempen Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama untuk menarik balik tentera Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan sejurus kemenangannya apabila terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Umum mengetahui bahawa kemenangan BN pada PRU-12 bermakna adalah kenaikan minyak sebanyak 50 sen ataupun setinggi 70 sen. Walaupun khabar angin, ianya adalah realiti sebenarnya sebagaimana sehari sebelum pengumuman pembubaran parlimen , Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya untuk membubarkannya tetapi esoknya khabar angin itu adalah berita yang sebenarnya. Ini adalah realiti berita khabar angin di Malaysia yang mempunyai ketepatan berita yang tinggi berbanding dengan media massa arus kerajaan.

Kepada jentera dan pengundi tegar BN, anda ditawarkan dengan kesengsaraan yang bakal dinikmati selepas 08 Mac 2008 ini dengan pelbagai kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan jika BN masih kekal memerintah. Untuk itu kurangkan kemenangan BN kurang daripada 2/3 majoriti tetapi pilihan yang terbaik adalah bertukar kepada politik harapan yang di bawa oleh Barisan Rakyat dengan konsep negara berkebajikan di mana sehingga 2013 kebajikan anda dan negara akan terjamin.

Tiada jaminan yang ditawarkan oleh BN melainkan jaminan untuk menaikkan harga petrol, diesel, tol , yuran sekolah dan universiti, kos sara hidup dan pelbagai lagi. Kos pembangunan 5 koridor yang dilancarkan mencecah RM 720 Billion merupakan pelaburan besar yang tidak mempunyai impak yang tinggi kepada kemajuan ekonomi masyarakat Malaysia keseluruhannya. Ianya hanya menguntungkan segelintir elit-elit yang mempunyai kepentingan dengan kepimpinan negara. Nasib dan kepentingan rakyat akan dilupakan sekali lagi selepas pilihanraya umum ini.

Kini rakyat Malaysia hanya mempunyai satu pilihan sahaja dengan menggunakan kuasa undi keramat ini untuk memilih politik harapan yang akan membawa lembaran sejarah baru serta pembaharuan dalam iklim ekonomi dan siasah negara. Negara berkebajikan yang diperlukan oleh rakyat Malaysia ianya tidak akan membawa kepada Negara Bankrap.

Yang membawa kepada negara menjadi Bankrap adalah perlaksanaan projek – projek Mega yang mencecah RM: 720 Billion, penyalahgunaan kuasa, pemberian tender yang tidak telus , rasuah yang semakin menjadi-jadi, hilang keyakinan para pelabur terhadap iklim ekonomi negara, badan kehakiman yang hilang integriti dan kewibawaan, pemberian komisen yang tidak munasabah. Yang amat ditakuti adalah pemimpin-pemimpin yang sudah Bankrap idea untuk membela nasib rakyat dan negara serta membawa pembaharuan dalam badan kehakiman, ekonomi dan siasah negara. Kita mesti bekerja keras untuk membawa pembaharuan di Malaysia. Kita sudah ketinggalan dalam daya saing ekonomi di Asean. Malahan pertumbuhan ekonomi negara semakin perlahan dan semakin ketinggalan berbanding negara Singapura, Thailand , Indonesia dan Vietnam. Malahan jika tiada sebarang perubahan kita akan jauh ketinggalan pula dengan Burma. Oleh itu hanya dasar dan polisi kerajaan yang mempunyai idea-idea baru sahaja mampu membawa negara bersaing di peringkat global dan bukan hanya di peringkat Asean.

Kita perlu menyediakan anak-anak kita suasana negara yang aman dan selamat. Berikan mereka pendidikan bermutu dan berkualiti untuk keperluan masa hadapan mereka bukan pendidikan yang hanya untuk keperluan masa kini sahaja. Kita perlu memberi inspirasi kepada anak-anak kita untuk mempunyai impian besar dan mencapainya. Pendidikan percuma daripada peringkat bawah sehingga universiti mampu menyediakan anak-anak kita permulaan yang bagus untuk memulakan hidup bagi persaingan global. Kita tidak mahu anak-anak kita lepasan universiti memulakan hidup dengan hutang PTPTN. Tetapi kita sediakan mereka daya saing dan intelek serta akhlak yang tinggi untuk berhadapan cabaran dunia global.

Sudah lama kita perhatikan anak-anak kita hanya mampu bermain permainan komputer ciptaan luar negara tetapi tidak mampu membinanya. Hatta sehingga kita mempunyai Multimedia Super Coridor (MSC) belum lagi kita dapat bermain hasil imaginasi anak tempatan kita. Mereka mampu dan berkeupayaan tinggi sebenarnya tetapi suasana di Malaysia bagaikan tidak mengizinkannya. Mereka lebih rela mencurahkan idea dan kepakaran mereka di luar negara daripada menyumbang sesuatu untuk negara. Di mana silapnya kita...?

Dengan pendidikan percuma ini mereka akan terhutang budi untuk menyumbang kepada negara kelak. Tidak timbul soal kehilangan daya saing . Tambahan pula satu hari nanti anak-anak kita membawa dan mencetuskan inovasi baru untuk negara seperti penemuan sumber tenaga baru untuk mengelakkan kebergantungan negara kepada sumber petroleum dan gas. Dan membawa negara ke era revolusi teknologi di semua bidang.

Kita mulakan langkah baru untuk membawa Malaysia ke era baru. Kita perbaiki sistem kehakiman negara daripada menjadi pentas ‘teater bangsawan’. Kita perbaiki sistem ekonomi negara kepada yang lebih adil kepada semua kaum. Kita perbaiki indeks rasuah negara dengan menjadikan peperangan menentang rasuah sebagai agenda besar.

Ayuh rakyat Malaysia yang boleh mengundi berjumlah 10,922,139 orang. Anda adalah penentu nasib rakyat Malaysia dan negara sehingga 2013 kelak. Pilihan terbaik terletak di tangan anda . Pastikan 09 Mac 2008 ini harga minyak turun untuk menjadi satu berita terbaik untuk kita raikan nanti. Kita tiada pilihan lain lagi ini adalah masa yang terbaik untuk membawa pembaharuan. Australia , Thailand dan Pakistan yang baru sahaja melaksanakan pilihanrayanya juga sudah membawa pembaharuan baru . Amerika Syarikat juga bakal membawa pembaharuan dalam pemilihan Presidennya kelak. Malaysia juga wajar menjejak langkah negara-negara lain untuk merubah kepimpinan negara yang ada kini.

Yakinlah Barisan Rakyat boleh menang untuk memperjuangkan nasib rakyat. Pecahkan tembok imaginasi yang sudah tertanam dalam minda sedar dan separa sedar bahawa BN tidak boleh ditumbangkan. Kita yakin pembaharuan boleh dijalankan di Malaysia. YAKINLAH KITA MAMPU MEMBAWA PERUBAHAN. Kita mampu melakukan yang terbaik untuk pembaharuan di Malaysia.

Semoga keberanian dan semangat perjuangan anda dalam membawa perubahan ini akan membawa negara ke era yang lebih maju , adil dan saksama. Semangat pembaharuan di Ijok pada pilihanraya kecil lepas ini akan terus menjalar ke seluruh Malaysia. Salam perubahan untuk 10,922,139 pengundi rakyat Malaysia. ‘Undi Keramat’ anda adalah pencetus perubahan dan harapan cerah masa hadapan negara. ANDA ADALAH HARAPAN MALAYSIA DI ABAD 21 INI ...

‘YA ALLAH...YA TUHAN KAMI...HANYA KEPADA MU KAMI BERSERAH...AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI SEMUANYA..KAMI MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH BERIKANLAH KEMENANGAN DALAM PILIHANRAYA KE-12 INI KEPADA BARISAN RAKYAT DENGAN 125 KERUSI PARLIMEN MALAYSIA ATAU LEBIH DAN KEMENANGAN DI SEMUA NEGERI. SELAMATKANLAH MALAYSIA YA ALLAH ....DARIPADA BENCANA DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG ZALIM DAN RASUAH. SEMOGA RAKYAT MALAYSIA DAN ANAK-ANAK KAMI HIDUP AMAN, DAMAI DAN DIPENUHI DENGAN NUR KEADILAN. AMIN...’

MESEJ UNTUK 10,922,139 PENGUNDI :

SEMINIT MENGUNDI BARISAN RAKYAT : 5 TAHUN KEBAJIKAN ANDA, KELUARGA SERTA NEGARA TERJAMIN...

Tuesday, February 19, 2008

Najib cure K'tan? It's the other way round

Over the weekend. Deputy prime Minister Najib Abdul Razak said ‘BN wants to treat Kelantan for its ills’. Hello there, Mr Deputy PM. Before you prescribe your cure for Kelantan, heal thyself.

It is true we are a bit provincial and rustic. But we are not fools like some of the infantile, imbecile, crooked leaders in Umno. We can see through you and your kind.

We know for a fact that for years investors had been diverted by Umno from Kelantan. You don't know? Ask Dr Mahathir Mohamad, another doctor who needs a cure. Ask Mustapha Mohammad. Ask Anuar Musa. Ask Ku Li. The reason we are underdeveloped is because of these Umno personalities, not PAS.

You promise us mosques and you say Umno will develop Islam and the ummah will excel if you win? What if you lose?

No thank you. We have enough mosques for everybody, Islam does not need to be developed, the local ummah is resilient and have always excelled in Kelantan and elsewhere. Do yourself a favor; maybe you should enrol in one of the spiritual rehabilitation (brain-washing) centers your government is so proud of; cure thyself man – falsehood, greed and lechery are sins.

Before you presume to teach us economics and religion and governance, allow me to ask you a question - what has the Umno (BN) government done for the people of Sabah, a resource-rich state but with the highest poverty level? What has it done besides flooding it with illegal immigrants just so they can vote for Umno (BN)? You have been there for years; so why can't you treat its ills? What have you crooks done with its wealth?

Before I sign off, one more thing - the elections are just around the corner. Rice and budu (fermented fish) issues are important to us. So when are you going to give us the goodies (like a sack of rice, a bottle of budu, a pack of cooking oil, maybe one or two hundred ringgit, a sarong) we deserve? After all, those things have been bought with our money. I guarantee you we will thank you for that.

Hey, maybe you should come and put your roots down here in Kelantan. You can't cure Kelantan. We are too smart for that. But we can teach you a thing or two about decency, humility, responsibility, honesty – qualities we associate with a leader. It is sad that people in Umno with those qualities are the exceptions and you can count them on the toes of one foot and they are always shunted aside.

Today, what do you associate with Umno and its leaders? Corruption. Selfishness. Insensitivity. Greed. Arrogance. Chauvinism. Sexism. Racism. And big egos and little minds. And you want to cure us? You are very bad medicine.No, unless you change and become a better man than Tok Guru, you can't cure Kelantan.

But Kelantan can cure you.